Thursday, March 25, 2010

Persoalan dan Penyelesaian

Persoalan dan Penyelesaian

Dalam dunia ini, tiada persoalan yang tidak punya jawapan namun manusia amat rugi kerana tidak tahu menilai masalah tersebut. Permasalahan memang akan menyebabkan manusia stress dan tension terhadap apa yang menimpa mereka. Perasaan yang negatif akan mula membuak-buakkan dan ketidak rasionalan fikiran yang akan menyebabkan wujudnya jalan singkat akan wujud. Teks ini akan merungkaikan permasalahan yang di hadapi dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Melarikan diri dari masalah yang dihadapi bukanlah satu jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah yang menimpa diri manusia tersebut. Masalah akan menjadi lebih celaru dan ia tidak akan selesai dengan mudahnya. Namun apa yang akan terjadi adalah kita akan berasa lebih tertekan dan mencari jalan pendek untuk menyelesaikannya. Ia juga boleh dikatogorikan sebagai pengecut dimana dia tidak berani untuk menghadapi masalah yang timbul. Sekiranya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan ataupun reda buat seketika dengan menggunakan kaedah ini, masalah ini akan muncul kembali dan mula menghantui diri individu tersebut dengan hebat lagi. Kita akan cuba melarikan diri dengan sejauh jarak yang mungkin namun hakikatnya masalah ini akan dibawa bersama-sama dengan individu terbabit. Di dalam ajaran islam itu sendiri ada tercatat bahawa antara dosa-dosa besar bagi ummat islam adalah melarikan diri dari perang. Nah, apa yang boleh kita kategorikan perang itu adalah masalah yang dihadapi dan individu itu melarikan diri dari masalah tersebut. Tuhan sendiri ada menyatakan bahawa dia amat tidak suka kepada hambanya yang pengecut. Dengan ini jelaslah bahawa lari dari masalah akan menyebabkan seseorang individu itu lemah dalamannya dan juga ia akan menyebabkan masalah terbabit menjadi lebih teruk dan memudaratkan.

Kepercayaan kepada manusia terdekat akan mengurangkan derita yang ditanggung oleh seseorang yang mushkil kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam diri mereka. Apa yang saya ingin jelaskan adalah pencarian terhadap teman terdekat ataupun ahli keluarga yang terdekat untuk kita bercerita tentang masalah yang dihadapi bukannya mencari mereka untuk meluahkan kejahatan mahupun keburukan yang terdapat kepada individu lain. Carilah insan yang benar-benar mengerti tentang isu yang anda hadapi dan mintalah pandangan mereka untuk menyelesaikannya. Pandangan dari 1 pihak tidak memadai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi kerana ia hanya sekadar mampu untuk meredakan sedikit stress yang dihadapi individu tersebut. Pandangan sekurang-kurangnya dari 3 orang yang mana mereka itu terdiri dari sesiapa yang anda percaya, sesiapa yang pernah menghadapi masalah tersebut dan juga mereka yang arif terhadap motivasi seperti kaunselor adalah terbaik untuk kita menganalisa sesuatu masalah. Pandangan mereka tidak boleh diterima bulat-bulat namun apa yang boleh anda lakukan adalah dengan menganalisa pandangan mereka dan jadikan ia sebagai 1 jalan penyelesaian yang baik. Pemilihan itu haruslah teliti dan fikiran anda pada ketika itu haruslah sedikit tenang kerana jika anda tension, masalah akan menjadi lebih rumit dan berserabut. Kepercayaan terhadap individu yang anda percayai dan menganalisa masalah yang anda hadapi akan menyebabkan jalan menyelesaian terbaik ditemui.

Unsur penyelesaian yang paling berkesan adalah penyelesaian dengan pemikiran yang jernih dan mendasar. Apa yang menyebabkan saya berkata dengan pemikiran yang jernih dan mendasar adalah pemikiran yang tiada unsur paksaan dan pencarian punca terhadap masalah yang dihadapi. Pemikiran yang jernih wujud dari ketenteraman diri dari sebarang gangguan mental dan juga persekitaran yang tenang. Ia boleh diwujudkan melalui suasana yang kita sukai seperti melihat sesuatu benda yang anda sukai sebagai contoh anda sukakan keindahan pantai dan ia merupakan sumber inspirasi anda, maka pergilah ketempat itu dan mungkin kedamaian akan wujud di dalam fikiran anda untuk memilih pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi seseorang yang beragama islam, sujud kepada tuhan adalah sesuatu yang dapat menenangkan fikiran. Air akan menyejukkan kemarahan dan seeloknya anda perlu mandi untuk menghilangkan tension tersebut. Pabila tiba saatnya, kerjakanlah solat dan sujudlah dengan penuh keinsafan kehadrat tuhan yang maha esa. Mengikut salah satu sumber kajian yang boleh dipercayai, apabila sujudnya seseorang itu ketika solat, aura alpha akan meningkat yang mana ia akan menyebabkan ketenangan yang wujud secara normalnya dalam diri manusia menonjol dan membatasi segala aura negatif yang menguasai diri pada ketika masalah kian memuncak.
Pemikiran yang mendasar lebih menumpukan pada aspek pencarian punca masalah itu timbul. Ia bukanlah bererti mencari salah sesiapa tetapi ia lebih memfokuskan kepada punca untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Penyebab utama masalah itu perlulah di kenal pasti dan mencari alternative untuk menyelesaikan masalah yang timbul sememangnya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Inisiatif perlu diambil dan janganlah hanya berpeluk tubuh sahaja kerana masalah tidak akan selesai dengan cara hanya dengan berpeluk tubuh sahaja. Ketika mencari punca masalah ini timbullah akan adanya konflik sampingan yang mungkin berpunca dari diri kita mahupun orang lain iaitu ego. Akan adalah tuding menuding jari sesama kita namun apa yang penting kita perlu set kan di dalam minda kita adalah menyelesaikan masalah bukannya mencari masalah baru dari masalah yang sedia ada pada kita. Mungkin masalah yang dihadapi akan membabitkan insan lain namun apa yang lebih penting jangan menuding jari bulat-bulat terhadap individu tersebut kerana mungkin dipihak anda juga ada kekhilafan yang berlaku. Setiap manusia tidak lekang dari kesilapan dan juga masalah,dan seharusnya kita sendiri lebih beringat dan pinta untuk diperingati sekiranya apa yang anda kerjakan itu salah. Dengan cara inilah, masalah akan selesai dan masalah baru tidak akan wujud sampingan dari itu.

Mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku terhadap diri sendiri akan menaikkan motivasi diri menghadapi cabaran mendatang. Anda akan lebih berkeyakinan untuk merempuh segala masalah yang akan datang sekiranya anda mengambil iktibar dari masalah yang pernah anda hadapi mahupun individu yang terdekat dengan anda yang pernah menghadapi masalah tersebut. Kekuatan ini akan menyebabkan wujudnya jati diri anda yang kental dan tidak akan tunduk terhadap masalah yang timbul. Segala cabaran yang akan anda tempuhi di masa mendatang akan anda tempuhinya dengan tenang dan anda juga mampu untuk membimbing rakan ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan dan khidmat nasihat anda. Jadilah seorang yang penyimpan rahsia kerana sekiranya anda menyimpan rahsia seseorang, ia akan menyelamatkan aib seseorang itu dari terdedahkan. Cuba anda membuka mata anda sendiri sekiranya hal yang anda ceritakan kepada insan yang anda percayai namun kepercayaan anda itu dinodai melalui cara dia memberitahu insan lain. Tidakkah anda akan berasa marah dan malu? Sekiranya anda mengharapkan sesuatu dari seseorang, anda haruslah memberikan ia terlebih dahulu.

Sebagai akhir kata dari saya, janganlah anda melarikan diri dari masalah yang anda hadapi, percayalah pada diri sendiri dan percayalah kepada insan yang anda percaya, fikirlah dengan fikiran yang jernih dan pemikiran yang mendasar dan ambillah pengajaran terhadap masalah yang telah anda hadapi dan individu yang anda akrab dengannya yang pernah hadapi masalah tersebut untuk menguatkan jati diri anda. Apabila jati diri seseorang hamba tuhan itu kental, maka setiap masalah akan dihadapi dengan tenang. Letakkan masalah itu di hujung jari sahaja dan jangan terlalu fikirkannya. Anggaplah ia senang untuk diselesaikan. Tenangkan diri hadapinya dan tuhan akan mempermudahkan jalan untuk menyelesaikannya.
Hanif hanan/25 mac 2010.

No comments:

Post a Comment